Bekam Wanita Bandar Lampung

PEREMPUAN TIDAK PERLU BERBEKAM BASAH KERANA SETIAP BULAN MEREKA DATANG HAID: MITOS ATAU FAKTA??


Yasmina Bekam
Melayani Bekam Di Tempat dan Panggilan
Terapis Laki-laki & Perempuan
Bekam Untuk Pengobatan, Menjaga Kesehatan, Meningkatkan Imun
Alamat: Perumnas BKP Blok J No.51 Kemiling Permai Bandar Lampung
No.Telepon/WA: 0823-1168-5474


Tuan Guru Sabri Bin Osman

Haid adalah pendarahan faraj yang biasa berlaku sebagai sebahagian daripada kitaran bulanan wanita.  

Secara umumnya setiap bulan, badan wanita sentiasa bersedia untuk kehamilan. 

Jika tiada kehamilan berlaku, rahim(uterus) akan melepaskan lapisannya (endometrium) keluar melalui rahim bersama dengan sejumlah darah (35%), tisu endonetrium, lendir serviks dan cecair vagina (65%). 

Darah haid tidak keluar bersama dengan bahan- bahan punca penyakit/CPS, bahan-bahan toksik atau bahaya daripada tubuh secara bertapis sepertimana yang mampu dilakukan melalui terapi bekam. 

Jika adapun bahan² berkenaan, ia mungkin keluar bersama dengan 35% darah tersebut dalam nisbah yang seimbang dengan jumlah total darah tubuh.  

Period berlebihan (menorrhagia) kadangkala boleh menyebabkan kehilangan banyak darah sekaligus menurunkan paras hemoglobin dalam tubuh. 

Sebab itulah kadangkala ada segelintir wanita kelihatan pucat selain mengalami gejala sakit abdomen ketika period. 



Bekam Wanita Bandar Lampung


Secara umum, wanita lebih kerap mengalami kekurangan paras hemoglobin berbanding lelaki disebabkan oleh kitaran haid setiap bulan. 

Ditambah pula lelaki mempunyai hormon endrogen lebih banyak berbanding wanita di mana hormon ini berfungsi merangsang pembebasan hormon erithropoeitin/ EPO yang penting untuk penghasilan sel darah merah oleh tulang sum-sum. 

Sebab itulah julat normal hemoglobin berbeza di antara lelaki (13.2 -16.6 grams per deciliter) dan  perempuan (11.6 - 15 grams per deciliter). 

Terapi bekam boleh dilakukan kepada sesiapa saja termasuk wanita selagi ada indikasi, berada dalam keadaan stabil dan tiada kontraindikasi. 

Darah haid tidak menyingkir keluar bahan² punca penyakit atau bahan² bahaya secara bertapis melainkan hanya sejumlah darah, tisu-tisu dinding rahim, lendir serviks dan cecair vagina sahaja. 

Banyak kajian yang menbuktikan bahawa golongan wanita mendapat pelbagai manfaat kesihatan melalui terapi bekam seperti kitaran haid lebih lancar, tahap kesakitan ketika haid (dysmennorhea) atau selepas melahirkan anak berkurangan, jerawat hilang atau berkurangan, kulit wajah lebih sihat dan "berseri" dan banyak lagi.

MA SABRI.

Ref:

1.Hijama (wet cupping) for female infertility treatment: a pilot study. Hassan Abduljabbar, Anhar Gazzaz, Samiha Mourad, Ayman Oraif

International Journal of Reproduction, Contraception, Obstetrics and Gynecology 5 (11), 3799-3802, 2016

2. Using of Cupping Therapy among Palestinian Women in Reproductive Age using a Cross-Sectional Survey. Eman Alshawish, Haneen Habiballah, Alaa Habiballah, Duha Shellah

Diversity and Equality in Health and Care 18 (2), 2021

3. Comparison of the Effect of Dry Cupping Therapy and Acupressure at BL23 Point on the Primiparous Women's Intensity of Postpartum Perineal Pain: A Randomized Clinical Trial. Marzieh Akbarzade, Mehrnoush Ghaemmaghami, Zahra Yazdanpanahi, Najaf Zare, Amir Azizi, Abdolali Mohagheghzadeh

Qom University of Medical Sciences Journal 8 (6), 26-31, 2015

Sumber: Fb PBI Pengda Lampung

Related Posts:

0 Response to "Bekam Wanita Bandar Lampung"

Post a Comment